4/13/2012

Kata Sendi Nama

Isikan kata sendi nama di tempat yang sesuai di bawah.

1.Yusri sedang menulis surat _____________kawannya.

2.Jam tangan itu ialah hadiah ________ayahnya.

3.Kelly pergi ke kelas tambahan __________hari Ahad.

4.Pekedai itu memulangkan wang baki_______mak cik itu.

5.Abang terpaksa tidur lewat _______menyiapkan kerjanya yang akan dibentangkan esok.

6.Beg itu diperbuat _________kulit buaya.

7.Emak selalu menunggu ayah _______perhentian bas itu selepas pulang dari kerja.

8.Pada hari esok,kami akan berangkat ______Kuala Lumpur untuk bercuti.

9.Cikgu Hamidah sedang memberi taklimat ______keselamatan kepada murid-murid.

10.Wajahnya sama ________wajah ayahnya semasa muda.



Jawapan
1.untuk/kepada            2.daripada            3.setiap            4.kepada            5.kerana
6.daripada                   7.di                       8.ke                 9.tentang           10.seperti

1 ulasan:

  1. Syabas, Cikgu Ten kerana berjaya membina blog sendiri! Latihan yang pelbagai boleh digunakan oleh murid-murid dengan sebaik-baiknya. Saya juga ingin menggunakan bahan cikgu untuk murid-murid saya. Pelbagai latihan yang diberikan kepada murid-murid boleh mengasah minda dan mengukuhkan pemahaman mereka. Perbanyakkan lagi bahan agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

    BalasPadam