4/27/2012

Kata Kerja Tak Transitif

Lengkapkan ayat di bawah dengan kata kerja tak transitif.

Menjadi          runtuh      beransur      hinggap      berdoa
menguning      tinggal     beratap        memutih     berbual-bual

1.keadaan di kampung itu_____baik setelah harimau itu ditembak.

2.Kami______di kampung sejak sepuluh tahun yang lalu.

3.Pelancong itu kagum melihat padi di sawah yang sedang_______.

4.Pengemis itu tidur _______embun.

5.Meim Ling bercita-cita untuk _________guru.

6.Pohon yang rimbun itu adalah tempat burung-burung___________.

7.Miza selalu______semoga kedua-dua orang ibu dan bapanya sihat selalu.

8.Bangunan lama itu telah ______dalam kejadian gempa bumi.

9.Rambut datuk_____kerana usianya telah lanjut.

10.Ayah sedang _________ di telefon.

Jawapan

1.beransur     2.tinggal      3.menguning      4.beratap        5.menjadi
6.hinggap      7.berdoa     8.runtuh             9.memutih      10.berbual-bual

Kata kerja transitif

Isikan tempat kosong dengan kata kerja transitif yang sesuai

membaca      menggalakkan     membuat     membimbing     melayari
mendapatkan     melihat     menendang     memasukkan     membeli

1.Murid-murid sedang__________internet di dalam komputer.

2.Ayah______saya untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa nanti.

3.Aini sedang ______kerja sekolahnya di dalam kelas.

4.Cokgu Rashid_____anak-anak muridnya di dalam bilik darjah.

5.Saya _____maklumat tentang Kuala Lumpur melalui pembacaan yang banyak.

6.Jane_____buku-bukunya ke dalam beg sebelum pulang ke rumah.

7.Saya _____dengan teliti ketika guru menulis di papan hitam.

8.Abu_____bola itu ke tengah padang.

9.Murid-murid Kelas 3 Hijau sedang _____buku-buku cerita di perpustakaan.

10.Pada waktu rehat,murid-murid_____makanan di kantin.


Jawapan

1.melayari          2.menggalakkan     3.membuat       4.membimbing     5.mendapatkan
6.memasukkan   7.melihat                8.menendang   9.membaca          10.membeli

4/25/2012

Latihan Penulisan


Jawapan

1.Malaysia terdapat banyak hutan yang belum diterokai.
2.Hutan menjadi tempat tinggal kepada haiwan liar.
3.Manusia menebang hutan untuk tujuan pembinaan rumah.
4.Penebangan hutan telah menyebabkan hakisan dan tanah runtuh.
5.Akibat pembangunan telah menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar.


4/23/2012

Latihan pengukuhan seerti



Jawapan:

1.hampa    2.kuat   3.cekap
4.laju  5.cergas    6.buat

Antonim

Antonim mempunyai erti atau maksud yang berlawanan dengan perkataan yang dinyatakan.

ada---tiada
adil---zalim
aman---huru-hara
ambil---beri
angkat---letak
atas---bawah
bangga---malu
bahagia---derita
bangun---duduk
bantah---setuju
basah---kering
benci---sayang
berani---takut
berat---ringan
bising---senyap
cantik---hodoh
cetek---dalam
cukup---kurang
datuk---nenek
deras---perlahan
dewasa---kanak-kanak
ejek---puji
ekor---kepala
faham---keliru
gelap---terang
gemuk---kurus
guru---murid
haiwan---manusia
harum---busuk
ingat---lupa
izin---larang
jernih---keruh
jual---beli
kanan---kiri
kaya---miskin
keluar---masuk
kosong---penuh
laju---lambat
licin---kesat
mahal---murah
malam---siang
manis---tawar
masam---masin
naik---turun
nipis---tebal
pagi---petang
panjang---pendek
pulang---pergi
rendam---jemur
runtuh---tegak
sakit---sihat
selamat---bahaya
sana---sini
susun---selerak
tajam---tumpul
tamat---mula
tekun---malas
usir---ajak
ya---tidak
zalim---adil
rosak-

4/21/2012

Sinonim

insaf---sedar
insan---manusia
izin---kebenaran
jaja---jual
jenis---macam
jendela---tingkap
jiran---tetangga
jujur---tulus
kawan---rakan
kemas---rapi
kini---sekarang
lambang---tanda,simbol
lantang---kuat,nyaring
larang---tegah
lihat---pandang
lurus---tegak
mahir---cekap
mampu---boleh
marah---berang,murka
maut---mati
minda---fikiran
mustahak---penting
nakal---jahat
nyenyak---lena
orang---manusia
otak---akal
palsu---tiruan
pandang---tengok
patuh---taat
pupus---lenyap
rela---sudi
roboh---runtuh
saji---hidang
suruh---perintah
tabiat---perangai
tepat---betul
tentu---pasti
usah---jangan
warung---gerai
wajar---patuh
waktu---masa
yakin---percya
zaman---kurun
ziarah---lawat

sinonim

arif---bijak
asyik---leka
atur---susun
awas---waspada
bah---banjir
bakti---jasa
belas----kasihan
bengis---ganas
berita---khabar
bongkak---sombang
buas---luas
cacat---cela
cahaya---sinar
cantik---lawa,jelita
cemar----kotor,keji
cepat---laju,pantas
cerdik---pindar
datang---sampai,tiba
dekat---hampir
diam---tinggal
didik---bimbing
dusun---kebun
elok---cantik
enggan---ingkar
faham---mengerti
fakir---miskin
foto---gambar
ganti---tukar
ganjil---aneh
gaya---cara
gigih---tekun
hadir---datang
halau---usir
halus---kecil
hampa---kecewa
hantar---kirim
hendak---mahu
hilang---lenyap
hingga---sampai
hisap---sedut

 









































4/20/2012

Kata Perintah

Gariskan jawapan yang paling sesuai.


1.(Silalah , Janganlah) kamu mengulangi kesalahan itu lagi.



2.(Jemput , Tolong )bawakan saya bakul yang berisi buah rambutan itu.



3.(Silalah , Usahlah )kamu mengingati peristiwa itu lagi.



4."(Jemput , Harap )awak dapat datang pada malam ini,"kata Iffa.



5."Syed ,Midah (mintalah ,jemputlah ) makan masakan saya ini,"kata Janet.



6.(Haraplah ,Usahlah ) diratapi orang yang telah pergi.



7.(Jangan ,Tolong )buangkan sampah itu ke dalam tong sampah.



8.(Jemputlah , Janganlah )bermain berhampiran lombong itu.



9.(Sila ,Harap) kalian dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.



10.(Minta , Sila )beratur untuk membeli makanan.







Jawapan


1. Janganlah 2. Tolong 3. Usahlah 4. Harap 5.jemputlah




6.Usah 7. Tolong 8. Janganlah 9. Harap 10.Sila

4/19/2012

Kata Ganda

Bulatkan jawapan yang betul

1.Pegang tiang itu______supaya tidak tumbang.
A.kuat-kuat B.rapat-rapat C..cepat-cepat D.lambat-lambat

2._____itu dipasang untuk menakutkan burung.
A.anak-anak B.orang-orang C.layang-layang D.gambar-gambar

3.Ambil rambutan yang_____ sahaja untuk dijual.
A.muda-muda B.masin-masin C.masak-masak D.masam-masam

4.Air minuman di dalam _____sungguh dingin.
A.lelabu B.bebuli C.bebola D.dedaun

5.Ah Boon menjumpai telur ______di tepi sungai itu.
A.lelabi B.lelumba C.lelabah D.lelayang

6.Tam Loo menjual______seperti karipap dan popia.
A.kuih-muih B.lauk-pauk C.buah-buahan D.sayur-sayuran

7.Kasut sukan itu dibeli di pusat ______.
A.beli-belah B.muda-mudi C.dansa-dansi D.warna-warni

8.Jalan itu menjadi tempat orang _______ke pejabat.
A.gopoh-gapah B.kelam-kabut C.keluh-kesah D.lalu-lalang

9.Tiang rumah itu repuh dimakan________.
A.labah-labah B.riang-riang C.kura-kura D.anai-anai

10.Pokok itu kelihatan cerah diterangi_________.
A.aji-aji B.kelip-kelip C.kupu-kupu D.tupai-tupai



Jawapan
1. A 2.B 3.C 4.A 5.A 6.A 7.A 8.D 9.D 10.B

4/18/2012

Kata Ganda

1.buku-buku------banyak buku

2.kecil-kecil------semuanya kecil

3.masam-masam------semuanya masam

4.api-api------sejenis serangga

5.orang-orang-------patung orang

6.rama-rama-------sejenis serangga

7.bebuli------bekas berbentuk bulat

8.jejari-----benda seakan-autan jari

9.lelabi-----haiwan seperti kura-kura

10.lelaki----jantina manusia

11.peparu----organ dalam dada manusia

12.tetupai-----tupai-tupai

13.sesungut-----alat perasa serangga

14.berjalan-jalan--------bersiar-siar

15.lama-kelamaan------semakin lama

16.masak-memasak------kerja-kerja memasak

17.sapu-menyapu--------saling menyapu

18.cucu-cicit---------keturunan

19.gerak-geri--------kelakuan

20.gopoh-gapah-----------terburu-buru

21.kaya-kayan-------sangat kaya

22.kuih-muih--------bermacam-macam kuih

23.sayur-mayur-------pelgagai jenis sayur

24.teka-teki-------soalan untuk menduga

25.ulang-alik-----datang dan pergi berulang kali


Sudut bahasa







4/17/2012

Kata Seru

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1._______anak-anakku,dengarlah nasihat ayahmu supaya rajin belajar.
 A. Wah      B. Wahai      C. Aduh          D.Hai

2._________,terangnya warna baju yang kamu pakai hari ini!
A. Eh          B. Cis          C. Wah            D. Amboi

3._________,nama saya Sher Lean!Saya murid baharu di sekolah ini.
A. Ah          B. Hai           C. Aduhai        D. Eh

4.____,usah kau percaya kata-katanya jika tidak mahu tertipu!
A. Amboi     B. Wah         C. Cis             D. Ah

5.________,sakitnya perut aku selepas makan di gerai itu!
A. Wahai      B. Aduhai      C. Wah          D Aduh

6.______,jika begitu benarlah khabar yang kami terima pada pagi tadi!
A. Nah          B. Oh            C. Eh             D. Ah

7._______,kamu semakin bijak dan aktif kurikulum sekarang!
A. Hai           B. Eh             C. Wah          D. Nah

8._____,kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan melukis!
A. Cis           B.  Oh            C. Syabas     D. Amboi

Jawapan
1 B     2. D      3. B     4. D     5. D     6. B     7. C     8. C

4/16/2012

Kata Tanya

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat berikut dengan kata tanya yang sesuai.

1.___________lelaki itu sering termenung di situ ?

2.__________nama menara yang tinggi itu ?

3.Lagu itu ditujukan kepada _________?

4.________dapat kubalas jasa ibu bapku ?

5._________guru kelas kita yang baharu ?

6._________jumlah gula-gula di dalam balang ini ?

7.__________kanak-kanak itu menangis ?

8._______kita akan sampai di tempat itu ?

9.__________yang sedang difikirkan oleh ayah ?

10.Jelapang padi banyak terdapat di negeri __________?


Jawapan  
1.Mengapakah      2.Apakah             3.siapa       4.Bilakh         5.Siapakah
6.Berapakah         7.Mengapakah      8.Bilakah    9.Apakah      10.mana 

Kata Adjektif

Gariskan kata adjektif yang betul.

1.Pisau yang digunakan oleh emak itu sangat (tajam ,kemek ).

2.Seluar itu dibeli oleh abang di pasar raya dengan harga yang  (murah , rendah ).

3.Kereta itu (kemek ,sempit )setelah dilanggar oleh lori sampah.

4.Rumahnya (sempit ,pendek ) kerana dipenuhi perabot antik.

5.Minyak wangi yang berbau (harum ,busuk )itu dihadiahkan kepada ibunya.

6.Kulit bayi itu sungguh (kasar ,halus ) seperti kapas.

7.Rizal kelihatan (segak , cantik ) apabila memakai baju Melayu.

8.Roket yang membawa angkasawan Malaysia itu meluncur dengan (segera ,laju)
    ke angkasa.

9.Pemain bola itu ( lincah ,lembap ) menggelecek bola hingga berjaya menjaringkan
   tiga gol.      

10.Jeffery sangat (sayang ,benci )akan binatang peliharaannya.


Jawapan

1.tajam            2.murah          3.kemek         4.sempit           5.harum
6.halus            7.segak           8.laju              9.lincah           10.sayang

4/14/2012

MAKRO PENGAJARAN BM-TAHUN 3

Kata kerja

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

   bersenam          memeriksa         mengecat           menggalas      terbabas
   menanggalkan    mengetuai         mendukung       mengupas        membubuh

1.Pekerja-pekerja sedang sibuk_______dinding rumah jutawan itu.

2.Kumar______baja supaya sayur-sayurnya dapat tumbuh dengan subur.

3.Kami_________kasut sebelum memasuki rumah Siti Aishah.

4.Setiap pagi saya_______beg sekolah yang berat ke sekolah.

5.Kakak Xue Min __________buah epal menggunakan sebilah pisau kecil.

6.Cikgu Loi akan ________rombongan sambil belajar ke Pulau Redang.

7.Setiap hari Rabu,saya dan rakan-rakan sekelas_______di padang sekolah.

8.Bas ekspres itu______lalu melanggar bahu jalan.

9.Kumar______adik kecilnya yang menangis teresak-esak.

10.Cikgu Chandran sedang ______karangan yang kami tulis.

Jawapan

1.mengecat     2.membubuh     3.menanggalkan     4.menggalas     5.mengupas
6.mengetuai     7.bersenam       8.terbabas             9.mendukung   10.memeriksa

Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan perkataan yang  sesuai.

    dan        tetapi            kerana           hingga            agar     
                 
          lalu              sambil            atau

1.Ayah menutup pintu _____________terlupa menguncikannya.

2.Adik menangis ___________hendak minum susu.

3.Salmi ___________kawannya selalu ke perpustakaan untuk mengulang    kaji  pelajaran.

4.Karim bekerja _______larut malam untuk menyara keluarganya yang ramai.

5.Yoke Mei terpaksa memilih sama ada hendak pergi ke Melaka ______
    Pulau Pinang.

6.Kakak menyapu sampah __________dibuangnya ke dalam tong.

7.Datuk membaca surat khabar _______minum kopi panas.

8.Nenek ________Adila ke pasar dengan menaiki bas.

9.Teck Yip belajar bersungguh-sungguh________berjaya pada masa        hadapannya.

10.Seluarnya sudah ketat ________badannya sudah berisi.


Jawapan

1.tetapi             2.kerana             3.dan          4.hingga              5.atau
6.lalu                 7.sambil             8.dan          9.agar                10.kerana

4/13/2012

Kata Sendi Nama

Isikan kata sendi nama di tempat yang sesuai di bawah.

1.Yusri sedang menulis surat _____________kawannya.

2.Jam tangan itu ialah hadiah ________ayahnya.

3.Kelly pergi ke kelas tambahan __________hari Ahad.

4.Pekedai itu memulangkan wang baki_______mak cik itu.

5.Abang terpaksa tidur lewat _______menyiapkan kerjanya yang akan dibentangkan esok.

6.Beg itu diperbuat _________kulit buaya.

7.Emak selalu menunggu ayah _______perhentian bas itu selepas pulang dari kerja.

8.Pada hari esok,kami akan berangkat ______Kuala Lumpur untuk bercuti.

9.Cikgu Hamidah sedang memberi taklimat ______keselamatan kepada murid-murid.

10.Wajahnya sama ________wajah ayahnya semasa muda.



Jawapan
1.untuk/kepada            2.daripada            3.setiap            4.kepada            5.kerana
6.daripada                   7.di                       8.ke                 9.tentang           10.seperti

Kata Ganti Nama

Gariskan kata ganti nama dalam ayat-ayat berikut.
1.Seluar adik saya telah terkoyak kerana terkena paku.

2."Saya minta maaf cikgu,"kata Harun.

3.Dia telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

4.Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

5."Hamba ingin pergi berguru di sana,"kata Hang Lekir kepada rakan-rakannya.

6.Mereka dikehendaki berjumpa dengan beliau di pejabat sebentar lagti.

7.Sila isi borang ini dengan maklumat kamu selengkapnya.

8."Kamu mesti mendengar nasihat yang diberikan oleh guru."tegas guru besar.

9.Tuanku sedang beradu di kamarnya kerana gering.

10.Siapakah yang mendorong awak melakukan kerja itu?


Jawapan
1.saya                          2.saya           3.dia            4.kita,kita                5.Hamba
6.Mereka,beliau          7.kamu          8.kamu         9.Tuanku,nya         10.awak

4/12/2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh                           : 10-4-2012(Selasa)
Masa                           : 10.15-10.45
Tahun                          :  3C
Bilangan murid            : 44 orang
Matapelajaran              : Bahasa Melayu
Tema /Tajuk                : Alam sekitar
Sub tajuk                     : Siew Chin dengan Orang Utan
Pengetahuan Sedia Ada:
 - Murid pernah membaca petikan berbentuk cerita semasa tahap 1.
  - Murid pernah mempelajari penjodoh bilangan
Hasil Pembelajaran     :Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
i.      Menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat.
ii.     menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 contoh penjodoh bilangan
iii.    Membaca kuat perkataan  dan penjodoh bilangan  dengan sebutan dab intonasi yang betel dan memahami penjodoh bilangan dengan betul
iv.    menambah dan meluaskan pengetahuan murid dalam penggunaan penjodoh bilangan
Fokus Utama              :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betel dan memahami perkara yang dibaca
Aras 3 ( i )  
Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
Fokus Sampingan       :
8.1  Mimbina dan menulis perkatan ,ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 1(i)
 Melengkapkan dengan perkataan yang sesuai
Sistem Bahasa :
Tatabahasa   : penjodoh bilangan
Kosa kata      :pelanduk,sekawan ,muram tercemar,ditebang,berpindah
Pengisian kurikulum :    
i)  Ilmu                               : Sains,kajian tempatan
ii) Nilai murni                    : Kebersihan alam sekitar, semangat bermasyarakat,kesyukuran
iii ) Penggabungjalinan   : Aspek tatabahasa dan kosa kata                         .
Kemahiran Bernilai Tambah :
1.    Kemahiran Berfikir – membanding beza, mengenal pasti, menyenarai
2.    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3.    Kemahiran Belajar Cara Belajar – membina maklumat
4.    Kemahiran melihat, mendengar, bertutur, menulis
Bahan Bantu Mengajar :
Rujukan URL: (slaid/power point), LCD, laptop, video klip, skrin, kad perkataan.kertas mahjung,lembaran kerja

LANGKAH /MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Set induksi
( 5 minit)
Guru menayangkan video klip yang mengandungi cerita dari petikan buku teks. Berdasarkan tayangan, guru menanyakan beberapa soalan :

1. Mengapakah sungai tercemar?
2. Bagaimana sungai yang tercemar?
3. Apakah perkataan yang berbaris dalam petikan?

Lampiran 1:
               
Video klip
1.    Guru menayangkan video klip bersoal jawab tentangnya.

2.    Guru mengaitkan
perkataan yang berbaris itu iaitu penjodoh bilangan dengan kemahiran yang akan diajar .
ABM :
laptop, skrin

Kemahiran :
melihat, mendengar dan bertutur.

Verbal Linguistik : Rujukan powerpoint

Nilai :
Menjaga kebersihan
sungai
Langkah 1
( 7 minit)
Menerangkan kegunaan penjodoh bilangan  satu persatu melalui powerpoint di paparan skrin.


1.    kawan
2.    helai
3.    berkas
4.    sikat
5.    longgok



Lampiran 2 :

Slaid power point





  

  
1.    Guru mempamerkan slaid power point tentang penjodoh bilangan.

2.    Guru meminta murid menyenaraikan contoh-contoh
penjodoh bilangan

3.    Murid memberikan sekurang-kurangnya 3 contoh penjodoh bilangan

4.    Guru memberi respon terhadap semua jawapan murid.




ICT Konstruktivisme Interpersonal

Verbal Linguistik

BBM :
Slaid power
point, laptop

Kemahiran: Melihat dan berfikir, mengenal pasti

Sistem bahasa:
Tatabahasa (penjodoh bilangan)

Langkah 2
( 8 minit)

Pembentukan kumpulan

1.    Mencantumkan kad penjodoh bilangan.

CONTOH JAWAPAN


1.    sekawan gajah
2.    sekawan biri-biri
3.    sekawan burung
4.    sehelai kain
5.    sehelai daun
6.    seberkas kayu
7.    seberkas rotan
8.     seberkas lidi
9.    sesikat pisang
10.  selonggok durian
11.   selonggok manggis
12.  Selonggok sampah
13.  selonggok ikan
14.  sehelai kertas
15.  selonggok batu
1.    Guru mengedarkan       kad penjodoh bilangan

2.    . Murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk cantuman kad penjodoh bilangan.

3.    Setiap wakil kumpulan  diminta keluar mencantum  kad .

4.    Guru menyemak jawapan murid sambil memberi tunjuk ajar kepada murid.


5.    Murid membaca rangkai kata penjodoh bilangan tersebut.

.
ICT

Sistem Bahasa
Tatabahasa (penjodoh bilangan

bertanya dan menjawab

KBKK:
Menjana idea
mendengar, membaca

Nilai :
Bekerjasama dalam kumpulan , berusaha dan rajin
Belajar cara belajar :
Membina maklumat

ABM:
-kad cantuman



Langkah 3
( 7 minit)


Memberi tugasan - isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul sebagai latihan pengukuhan





1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2.    Guru meminta murid mengisi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul











BBM:
-lembaran kerja Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan


Penutup
( 3 minit)
Ulangkaji penjodoh bilangan yang diajar hari ini iaitu kawan,helai,berkas,
sikat dan longgok.


Penutup sosial :
Rumusan pelajaran, pujian dan motivasi




1.    Guru membuat rumusan secara soal-jawab tentang tajuk hari ini.

2.    Guru memberi pujian dan motivasi atas penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.


3.    Guru mengedarkan latihan pengukuhan kepada semua murid.


Kemahiran mendengar 

Lampiran 2




Lampiran 3
Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

                kawan                      longgok                       helai                        Berkas                   sikat



1.       Se ________ batu di tepi jalan raya masih belum dibersihkan oleh pihak yang berkenaan.

2.       Se_______________burung terbang ke sarang pada waktu senja.

3.       Mereka tidak mampu mematahkan se ________ lidi yang diikat oleh ayah.

4.       Pak Mat  memikul se ___________kayu api.

5.      Kebun pisangnya dimusnahkan oleh se___________gajah.

6.      Ibu mengupas se ____________ pisang nangka untuk digoreng.

7.      Kawasan itu dipenuhi beberapa __________ sampah.

8.      Angin yang bertiup menyebabkan beberapa _________  daun  berguguran.

      9.   Emak membeli dua ________pisang di pasar itu.

     10. Se_______biri-biri sedang meragut di padang.