4/27/2012

Kata Kerja Tak Transitif

Lengkapkan ayat di bawah dengan kata kerja tak transitif.

Menjadi          runtuh      beransur      hinggap      berdoa
menguning      tinggal     beratap        memutih     berbual-bual

1.keadaan di kampung itu_____baik setelah harimau itu ditembak.

2.Kami______di kampung sejak sepuluh tahun yang lalu.

3.Pelancong itu kagum melihat padi di sawah yang sedang_______.

4.Pengemis itu tidur _______embun.

5.Meim Ling bercita-cita untuk _________guru.

6.Pohon yang rimbun itu adalah tempat burung-burung___________.

7.Miza selalu______semoga kedua-dua orang ibu dan bapanya sihat selalu.

8.Bangunan lama itu telah ______dalam kejadian gempa bumi.

9.Rambut datuk_____kerana usianya telah lanjut.

10.Ayah sedang _________ di telefon.

Jawapan

1.beransur     2.tinggal      3.menguning      4.beratap        5.menjadi
6.hinggap      7.berdoa     8.runtuh             9.memutih      10.berbual-bual

Kata kerja transitif

Isikan tempat kosong dengan kata kerja transitif yang sesuai

membaca      menggalakkan     membuat     membimbing     melayari
mendapatkan     melihat     menendang     memasukkan     membeli

1.Murid-murid sedang__________internet di dalam komputer.

2.Ayah______saya untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa nanti.

3.Aini sedang ______kerja sekolahnya di dalam kelas.

4.Cokgu Rashid_____anak-anak muridnya di dalam bilik darjah.

5.Saya _____maklumat tentang Kuala Lumpur melalui pembacaan yang banyak.

6.Jane_____buku-bukunya ke dalam beg sebelum pulang ke rumah.

7.Saya _____dengan teliti ketika guru menulis di papan hitam.

8.Abu_____bola itu ke tengah padang.

9.Murid-murid Kelas 3 Hijau sedang _____buku-buku cerita di perpustakaan.

10.Pada waktu rehat,murid-murid_____makanan di kantin.


Jawapan

1.melayari          2.menggalakkan     3.membuat       4.membimbing     5.mendapatkan
6.memasukkan   7.melihat                8.menendang   9.membaca          10.membeli

4/25/2012

Latihan Penulisan


Jawapan

1.Malaysia terdapat banyak hutan yang belum diterokai.
2.Hutan menjadi tempat tinggal kepada haiwan liar.
3.Manusia menebang hutan untuk tujuan pembinaan rumah.
4.Penebangan hutan telah menyebabkan hakisan dan tanah runtuh.
5.Akibat pembangunan telah menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar.


4/23/2012

Latihan pengukuhan seerti



Jawapan:

1.hampa    2.kuat   3.cekap
4.laju  5.cergas    6.buat