4/13/2012

Kata Ganti Nama

Gariskan kata ganti nama dalam ayat-ayat berikut.
1.Seluar adik saya telah terkoyak kerana terkena paku.

2."Saya minta maaf cikgu,"kata Harun.

3.Dia telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

4.Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

5."Hamba ingin pergi berguru di sana,"kata Hang Lekir kepada rakan-rakannya.

6.Mereka dikehendaki berjumpa dengan beliau di pejabat sebentar lagti.

7.Sila isi borang ini dengan maklumat kamu selengkapnya.

8."Kamu mesti mendengar nasihat yang diberikan oleh guru."tegas guru besar.

9.Tuanku sedang beradu di kamarnya kerana gering.

10.Siapakah yang mendorong awak melakukan kerja itu?


Jawapan
1.saya                          2.saya           3.dia            4.kita,kita                5.Hamba
6.Mereka,beliau          7.kamu          8.kamu         9.Tuanku,nya         10.awak

2 ulasan: