4/12/2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh                           : 10-4-2012(Selasa)
Masa                           : 10.15-10.45
Tahun                          :  3C
Bilangan murid            : 44 orang
Matapelajaran              : Bahasa Melayu
Tema /Tajuk                : Alam sekitar
Sub tajuk                     : Siew Chin dengan Orang Utan
Pengetahuan Sedia Ada:
 - Murid pernah membaca petikan berbentuk cerita semasa tahap 1.
  - Murid pernah mempelajari penjodoh bilangan
Hasil Pembelajaran     :Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
i.      Menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat.
ii.     menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 contoh penjodoh bilangan
iii.    Membaca kuat perkataan  dan penjodoh bilangan  dengan sebutan dab intonasi yang betel dan memahami penjodoh bilangan dengan betul
iv.    menambah dan meluaskan pengetahuan murid dalam penggunaan penjodoh bilangan
Fokus Utama              :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betel dan memahami perkara yang dibaca
Aras 3 ( i )  
Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
Fokus Sampingan       :
8.1  Mimbina dan menulis perkatan ,ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 1(i)
 Melengkapkan dengan perkataan yang sesuai
Sistem Bahasa :
Tatabahasa   : penjodoh bilangan
Kosa kata      :pelanduk,sekawan ,muram tercemar,ditebang,berpindah
Pengisian kurikulum :    
i)  Ilmu                               : Sains,kajian tempatan
ii) Nilai murni                    : Kebersihan alam sekitar, semangat bermasyarakat,kesyukuran
iii ) Penggabungjalinan   : Aspek tatabahasa dan kosa kata                         .
Kemahiran Bernilai Tambah :
1.    Kemahiran Berfikir – membanding beza, mengenal pasti, menyenarai
2.    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3.    Kemahiran Belajar Cara Belajar – membina maklumat
4.    Kemahiran melihat, mendengar, bertutur, menulis
Bahan Bantu Mengajar :
Rujukan URL: (slaid/power point), LCD, laptop, video klip, skrin, kad perkataan.kertas mahjung,lembaran kerja

LANGKAH /MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Set induksi
( 5 minit)
Guru menayangkan video klip yang mengandungi cerita dari petikan buku teks. Berdasarkan tayangan, guru menanyakan beberapa soalan :

1. Mengapakah sungai tercemar?
2. Bagaimana sungai yang tercemar?
3. Apakah perkataan yang berbaris dalam petikan?

Lampiran 1:
               
Video klip
1.    Guru menayangkan video klip bersoal jawab tentangnya.

2.    Guru mengaitkan
perkataan yang berbaris itu iaitu penjodoh bilangan dengan kemahiran yang akan diajar .
ABM :
laptop, skrin

Kemahiran :
melihat, mendengar dan bertutur.

Verbal Linguistik : Rujukan powerpoint

Nilai :
Menjaga kebersihan
sungai
Langkah 1
( 7 minit)
Menerangkan kegunaan penjodoh bilangan  satu persatu melalui powerpoint di paparan skrin.


1.    kawan
2.    helai
3.    berkas
4.    sikat
5.    longgok



Lampiran 2 :

Slaid power point





  

  
1.    Guru mempamerkan slaid power point tentang penjodoh bilangan.

2.    Guru meminta murid menyenaraikan contoh-contoh
penjodoh bilangan

3.    Murid memberikan sekurang-kurangnya 3 contoh penjodoh bilangan

4.    Guru memberi respon terhadap semua jawapan murid.




ICT Konstruktivisme Interpersonal

Verbal Linguistik

BBM :
Slaid power
point, laptop

Kemahiran: Melihat dan berfikir, mengenal pasti

Sistem bahasa:
Tatabahasa (penjodoh bilangan)

Langkah 2
( 8 minit)

Pembentukan kumpulan

1.    Mencantumkan kad penjodoh bilangan.

CONTOH JAWAPAN


1.    sekawan gajah
2.    sekawan biri-biri
3.    sekawan burung
4.    sehelai kain
5.    sehelai daun
6.    seberkas kayu
7.    seberkas rotan
8.     seberkas lidi
9.    sesikat pisang
10.  selonggok durian
11.   selonggok manggis
12.  Selonggok sampah
13.  selonggok ikan
14.  sehelai kertas
15.  selonggok batu
1.    Guru mengedarkan       kad penjodoh bilangan

2.    . Murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk cantuman kad penjodoh bilangan.

3.    Setiap wakil kumpulan  diminta keluar mencantum  kad .

4.    Guru menyemak jawapan murid sambil memberi tunjuk ajar kepada murid.


5.    Murid membaca rangkai kata penjodoh bilangan tersebut.

.
ICT

Sistem Bahasa
Tatabahasa (penjodoh bilangan

bertanya dan menjawab

KBKK:
Menjana idea
mendengar, membaca

Nilai :
Bekerjasama dalam kumpulan , berusaha dan rajin
Belajar cara belajar :
Membina maklumat

ABM:
-kad cantuman



Langkah 3
( 7 minit)


Memberi tugasan - isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul sebagai latihan pengukuhan





1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2.    Guru meminta murid mengisi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul











BBM:
-lembaran kerja Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan


Penutup
( 3 minit)
Ulangkaji penjodoh bilangan yang diajar hari ini iaitu kawan,helai,berkas,
sikat dan longgok.


Penutup sosial :
Rumusan pelajaran, pujian dan motivasi




1.    Guru membuat rumusan secara soal-jawab tentang tajuk hari ini.

2.    Guru memberi pujian dan motivasi atas penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.


3.    Guru mengedarkan latihan pengukuhan kepada semua murid.


Kemahiran mendengar 

Lampiran 2




Lampiran 3
Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

                kawan                      longgok                       helai                        Berkas                   sikat



1.       Se ________ batu di tepi jalan raya masih belum dibersihkan oleh pihak yang berkenaan.

2.       Se_______________burung terbang ke sarang pada waktu senja.

3.       Mereka tidak mampu mematahkan se ________ lidi yang diikat oleh ayah.

4.       Pak Mat  memikul se ___________kayu api.

5.      Kebun pisangnya dimusnahkan oleh se___________gajah.

6.      Ibu mengupas se ____________ pisang nangka untuk digoreng.

7.      Kawasan itu dipenuhi beberapa __________ sampah.

8.      Angin yang bertiup menyebabkan beberapa _________  daun  berguguran.

      9.   Emak membeli dua ________pisang di pasar itu.

     10. Se_______biri-biri sedang meragut di padang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan