Gariskan kata adjektif yang betul.
1.Pisau yang digunakan oleh emak itu sangat (tajam ,kemek ).
2.Seluar itu dibeli oleh abang di pasar raya dengan harga yang (murah , rendah ).
3.Kereta itu (kemek ,sempit )setelah dilanggar oleh lori sampah.
4.Rumahnya (sempit ,pendek ) kerana dipenuhi perabot antik.
5.Minyak wangi yang berbau (harum ,busuk )itu dihadiahkan kepada ibunya.
6.Kulit bayi itu sungguh (kasar ,halus ) seperti kapas.
7.Rizal kelihatan (segak , cantik ) apabila memakai baju Melayu.
8.Roket yang membawa angkasawan Malaysia itu meluncur dengan (segera ,laju)
ke angkasa.
9.Pemain bola itu ( lincah ,lembap ) menggelecek bola hingga berjaya menjaringkan
tiga gol.
10.Jeffery sangat (sayang ,benci )akan binatang peliharaannya.
Jawapan
1.tajam 2.murah 3.kemek 4.sempit 5.harum
6.halus 7.segak 8.laju 9.lincah 10.sayang
saya dapat jawab semua...
BalasPadam