4/14/2012

Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan perkataan yang  sesuai.

    dan        tetapi            kerana           hingga            agar     
                 
          lalu              sambil            atau

1.Ayah menutup pintu _____________terlupa menguncikannya.

2.Adik menangis ___________hendak minum susu.

3.Salmi ___________kawannya selalu ke perpustakaan untuk mengulang    kaji  pelajaran.

4.Karim bekerja _______larut malam untuk menyara keluarganya yang ramai.

5.Yoke Mei terpaksa memilih sama ada hendak pergi ke Melaka ______
    Pulau Pinang.

6.Kakak menyapu sampah __________dibuangnya ke dalam tong.

7.Datuk membaca surat khabar _______minum kopi panas.

8.Nenek ________Adila ke pasar dengan menaiki bas.

9.Teck Yip belajar bersungguh-sungguh________berjaya pada masa        hadapannya.

10.Seluarnya sudah ketat ________badannya sudah berisi.


Jawapan

1.tetapi             2.kerana             3.dan          4.hingga              5.atau
6.lalu                 7.sambil             8.dan          9.agar                10.kerana

1 ulasan: